BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Monday, 19 December 2011

Aku Bukan Wanita Biasa


Assalamualaikum W.b.t
terpanggil rasa diri untuk menjenguk halaman yang suda sekian lama di tinggal kan ini.
Tempat curahan hati,rasa dan sebagainya.
Wanita.
lembut sahaja panggilan itu bukan.
di cipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok.
hatinye begitu lembut kerana sifat keibuannya.
baik luhur pekertinya menunjukkan betapa santunnya mereka.
"Wanita adalah ratu dan sebagai ratu islam adalah mereka yang tidak bersalam dengan lelaki asing"



Aku wanita.
mengerti akan hati2 wanita yang lain.
tangisnya seperti mutiara jernih yang jatuh ke bumi.
Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W sangat menjaga akan kebajikan seorang wanita.
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling  indah ialah wanita yang soleh"
(Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan sejagat.
Malah antara surah yang didahulukan dalam urutan Al-Quran ialah mengenai wanita(An-Nisa)
Rasulullah juga pernah bersabda bahawa : "Ada empat wanita mulia yang juga Penghulu segala wanita ;Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun),Maryam binti Imran (Ibunda Isa),Khadijah binti Khuailid (Isteri Rasulullah S.A.W),dan Fatimah binti Muhammad (Puteri Rasulullah)".
Riwayat Bukhari.





Wanita,
di jadikan oleh Allah untuk melengkapi Adam nya.
sesungguhnya aku wanita memerlukan pembimbing seorang ketua yang
berwibawa,kuat pegangan agama nya,serta berupaya membawaku ke jalan yang lurus,iaitu jalan yang di redhai-Nya.

Dengarlah adamku tersayang.
sesungguhnya aku menunggu akan kehadiran mu membawaku bersama
untuk saling melengkapi fitrah kejadian ku ini.
dan aku juga ingin sekali melengkapi fitrah mu dijadikan sebagai lelaki.
amin ya rabbal a'lamin. =)

0 comments: